Program Orkestra Remaja dan Orkestra Angin Kami

SPYO

Orkestra Filharmonik Remaja Selangor

Sejajar dengan visi SPO, Orkestra Filharmonik Remaja Selangor (SPYO) ditubuhkan dengan pandangannya untuk menyalurkan minat dan bakat serta bertujuan bagi menyediakan peluang kepada golongan belia yang berminat dalam muzik bercorak orkestra. Kami menganggap SPYO sebagai “SPO mini” yang terutamanya dianggotai oleh pelajar sekolah rendah serta menengah dan biasanya di bawah bimbingan pemuzik senior SPO. SPYO telah menyampaikan konsert persembahan pertamanya dalam konsert ‘Chapter 3’ dan baru-baru ini mereka juga telah membuat penampilan pertama dengan 50 orang pemuzik atas pentas Dewan Sivik (Petaling Jaya) pada 23 Januari 2016. Bukan itu sahaja, SPO mempunyai program persediaan bagi para pemuzik muda untuk meningkatkan kemahiran dan menyediakan ruang kepada mereka supaya dapat lebih memahami suasana serta operasi sebuah orkestra. Program tersebut amat penting kepada para pemuzik muda sebagai persediaan dan dorongan untuk maju serta mencapai impian muzik di samping memupuk minat masyarakat dalam muzik klasikal.

Mendidik

There is a no age-limit allTiada had umur di mana bimbingan akan diberikan oleh pemuzik senior SPO.  Sebuah pelantar untuk belajar dan mendidik.

Tonggak Pencapaian

‘Chapter 3’ merupakan konsert dan penampilan pertama untuk SPYO dengan 50 orang pemuzik atas pentas Dewan Sivik pada 23 Januari 2016.

Kepentingan

Meningkatkan kemahiran dan membuka ruang pendidikan mengenai muzik serta menyediakan atmosfera bercorak orkestra merupakan sebahagian yang penting kepada para pemuzik

SPWO

Orkestra Angin Filharmonik Selangor

Salah satu sub-orkestra SPO, Orkestra Angin Filharmonik Selangor (SPWO) yang diasaskan dengan misi untuk menarik kedatangan pemain alat tiupan supaya dapat memberi persembahan sebagai sebuah orkestra angin selain bermain sebagai anggota SPO. Persembahan SPWO dipimpin oleh Tuan Chris Wong Ken Lun dan Tuan Wong Tian Kuan. Selain itu, pemuzik SPWO juga terlibat dalam mempersembahkan muzik kotemporari dan persembahan yang berskala kecil serta gig.

Syarat Kelayakan & Garis Panduan

SPO mengalu-alukan kedatangan pemuzik dari semua peringkat usia. Namun demikian, kami percaya bahawa tahap pencapaian muzik penting bagi setiap individu supaya mereka dapat menjadi sebahagian daripada orkestra dan pada masa Yang sama menikmati proses sebagai Pemuzik orkestra sepanjang masanya di SPO. Sila rujuk panduan di bawah untuk maklumat lanjut:

SPYO

  • Mempunyai kelulusan minimum Gred 3 di bawah lembaga peperiksaan yang diiktiraf.
  • Pemain di bawah pemerhatian ketua bahagian dan jawatankuasa SPO selama sebulan.

SPO & SPWO

  • Mempunyai kelulusan minimum Gred 6 di bawah lembaga peperiksaan yang diiktiraf.
  • Pemain di bawah pemerhatian ketua bahagian dan jawatankuasa SPO selama sebulan.

Sertai Kami

Kami menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada kami! Sekiranya anda berminat untuk menyertai program kami, sila kunjungi halaman ‘Hubungi Kami’ dan melampirkan maklumat anda supaya kami dapat menghubungi anda!

Pin It on Pinterest

Share This

Share this post with your friends!