Tentang Kami

Memahami Orkestra Filharmonik Selangor Sepintas Lalu

Latar Belakang Kami

Orkestra Filharmonik Selangor (SPO) ditubuhkan oleh Tuan Chan Ling Chee pada Februari 2021. SPO merupakan sebuah orkestra masyarakat yang mempunyai visi untuk menggalakkan masyarakat agar lebih menghargai kesenian muzik klasik, mewujudkan anggota belia yang mempunyai penghargaan tinggi terhadap muzik serta mencungkil bakat dan menyediakan peluang persembahan kepada pemuzik muda.

Pada awalnya, SPO bermula dengan sekumpulan pemuzik yang bersemangat tinggi dan berminat dalam persembahan orkestra. Dengan kepimpinan pengarah muzik, Tuan Chan Ling Chee, SPO telah berjaya ditubuhkan dan menyatukan pemuzik yang berbakat. Sehubungan dengan itu, keahlian SPO telah berkembang sehingga lebih daripada 200 pemuzik dan menubuhkan 2 lagi orkestra dalam kepimpinan SPO, iaitu Orkestra Filharmonik Remaja Selangor dan Orkestra Angin Filharmonik Selangor. Konsert sulung bagi kedua-dua orkestra ini telah diadakan pada tahun 2016.

Walaupun salah satu fokus SPO adalah untuk memperkenalkan dan mempopularkan muzik klasik, SPO juga mengembangkan lagi senari repertoirnya dengan mempersembahkan karya muzik tradisional, muzik filem dan sebagainya. Selain itu, SPO juga telah menganjurkan beberapa program jangkauan masyarakat.

SPO amat bangga kerana dapat berkolaborasi dengan pemain-pemain solo profesional berperingkat antarabangsa dan akan terus merealisasikan visi untuk menyediakan peluang bagi pemuzik belia di samping memperkenalkan keindahan muzik kepada masyarakat.

Dengan ini, kami ingin menjemput anda untuk menyertai perjalanan kami!

 

 

Pemain Solo SPO

 

Tuan James Ng

Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang persembahan muzik, pengkhususan selo di Yong Siew Toh Conservatory (Singapura) dan telah mendapat tempat pertama dalam Ministry of Arts, Culture and Heritage Chamber Music Competition, Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang ahli pengasas Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia (MPYO).

Tuan Andrew Ng

Beliau salah seorang anggota Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia (MPYO) dan telah menjuarai Pertandingan Biola yang dianjurkan oleh Ministry of Arts, Culture and Heritage Malaysia. Pada tahun 2009, beliau juga memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Konserto Antarabangsa ASEAN ke-3 Competition di Jakarta.

Tuan Loo Bang Hean

Tuan Loo berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Piano Mozart Kebangsaan Pertama di Pulau Pinang dan telah menerima biasiswa tawaran ABRSM (Dewan Bersekutu Sekolah Muzik Diraja) bagi menyambungkan pelajarannya di Royal College of Music (RCM), London. Selain itu, beliau merupakan graduan kelas pertama dan juga memenangi pelbagai anugerah sepanjang tempohnya di RCM. Beliau sering dijemput untuk membuat persembahan dalam MPO’s Chamber Concert di Dewan Filharmonik Pertronas, KLCC dan telah mencatatkan namanya dalam banyak persembahan di seluruh dunia, contohnya di Singapura, Brunei, Indonesia, Kambodia, Hong Kong, Korea, United Kingdom serta Itali.

Cik Oh Yann Shie

Cik Oh memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang persembahan muzik, pengkhususan piano dari Moscow State Tchaikovsky Conservatoire dan dianugerahi tempat ketiga dalam Pertandingan Piano Antarabangsa Nikolai Rubinstein di Paris pada tahun 2008. Beliau telah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengurus Pentas bagi Mariinsky Ballet dan Bolshoi Ballet dari Russia. Pada tahun 2014, beliau pernah berkolaborasi dengan pemain viola Malaysia, iaitu Mr. Andrew Filmer yang berpakar dalam muzik era barok dan dikenali ramai.

Tuan Low Chyh Shen

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang persembahan muzik, pengkhususan piano dan pernah menyertai pelbagai kem muzik seperti Art of Piano Summer Festival di Amerika Syarikat serta Winter Music Camp di Yehudi Menuhin School, England pada tahun 2010. Beliau telah memperoleh tempat ketiga dalam Ohio Music Teachers Association- Graves Young Artist Piano Competition. Bukan itu sahaja, beliau juga memberi persembahan sebagai pemain solo dengan Orkestra Sinfoni Universiti Miami setelah memenangi Pertandingan Konserto University Miami dan merupakan pemenang 2012 – 2013 Hadiah Konserto Havighurst.

Tuan Kenneth Teh

Tuan The merupakan anggota Moscow State Conservatory dan memberi banyak persembahan dalam dewan konsert di sekitar bandar Moscow serta St Petersburg. Beliau pernah bekerjasama dengan pemain-pemain muzik dari Russian National Orchestra (RNO) dan Moskoviya Chamber Orchestra.Tambahan pula, beliau merupakan pemain piano yang aktif dan banyak melibatkan diri dalam konsert, festival, bengkel muzik di seluruh Malaysia sebagai pemain solo, pemain piano dalam muzik kamar serta pemuzik iringan.

.

Tuan Vincent Ong

Beliau seorang belia dan pemain piano yang telah mencatatkan namanya dalam 3rd International Festival of Classical Music “East meets West” yang dianjurkan oleh Persatuan Chopin Malaysia. Pada tahun 2014, beliau menyertai The 14th Ettlingen International Competition for Young Pianists yang diadakan di Jerman dan sempena tahun tersebut, beliau telah dianugerahi tempat kedua dalam Pertandingan Piano Remaja Malaysia Steinway. Beliau juga membuat penampilan pertamanya dalam resital piano solo yang dianjurkan oleh ProMusica, Pulau Pinang pada tahun 2013.

Tuan Ng Chong Lim

Beliau seorang pemain piano dan komposer yang telah menamatkan pengajiannya di Royal College of Music (RCM, London), pemenang Pertandingan Piano Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993 dan juga pemenang Royal Overseas League Competition, Anthony Saltmarsch Junior Fellowship (RCM). Beliau merupakan salah seorang ahli fakulti muzik Universiti Malaya, Malaysia dan Akademi Seni Lukis Nanyang, Singapuara.

Ms. Chee Su-yen

Cik Chee meneruskan pendidikan muziknya di bawah bimbingan Gabriel Kwok dan beliau telah ditawarkan biasiswah penuh untuk Ijazah Sarjana Muda di Akademi Seni Persembahan Hong Kong. Beliau menyambungkan pengajian Ijazah Sarjana di Indiana University, Bloomington, Amerika Syarikat. Beliau pemain piano solo serta pemain piano muzik kamar yang sangat berpengalaman melalui persembahan solo dan recital kolaboratifnya yang banyak di luar negara. Sebagai seorang pemain solo dan pendidik yang berdedikasi, beliau mempunyai beberapa anak murid yang berjaya memenangi anugerah dalam pertandingan kebangsaan. Beliau juga dijemput untuk menjadi pengadil dalam pelbagai pertandingan.

Cik Carolyn Lo

Cik Lo memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari University of Newcastle, Australia dan Ijazah Sarjana dalam bidang persembahan muzik, pengkhususan piano dari Miami University, Ohio. Beliau merupakan pemegang diploma LRSM dan FTCL serta orang Malaysia pertama yang telah menerima FRSM dalam persembahan piano dengan kelulusan cemerlang. Selain itu, beliau sebagai pemain piano solo dan kolaboratif telah terlibat dalam festival muzik, recital serta pertandingan di peringkat  kebangsaan dan antarabangsa.

Cik Sylvia Loh

Beliau banyak melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan dan dianugerahi sebagai pemain piano termuda yang berjaya melangkah ke peringkat akhir dalam Pertandingan Piano Antarabangsa di Republik Czech. Beliau pernah berkolaborasi dengan orkestra dari seluruh dunia. Oleh itu, beliau berpengalaman luas untuk memberi persembahan atas pentas antarabangsa. Sebagai penerima HSBC Classics Bursary Award, beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana dari University of Music Freiburg dan juga menamatkan pengajian Solistenexamen yang merupakan ijazah tertinggi di Jerman.

Cik Mabel Wong

Cik Mabel merupakan Associate Concertmaster Orkestra Simfoni Selangor, Ketua Jabatan Alat Bertali di Universiti Sunway dan Penyelaras Fakulti Alat Bertali di Akademi Muzik Bentley sehingga kini. Beliau merupakan seorang pendidik biola yang terkenal dengan semangat dan dedikasinya dalam bidang tersebut. Beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di University of Otago pada tahun 2012 dan Ijazah Sarjana dalam bidang pelajaran muzik di Sydney Conservatorium of Music dua tahun kemudian. Sehubungan dengan itu, beliau telah memenangi banyak anugerah sepanjang tempoh pembelajarannya.

Konduktor Tetamu SPO

 

Dr Peter Jesudason

Dr Jesudason seorang Doktor Pakar Perunding Perubatan (Kardiologi) yang telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di Cambridge. Beliau mengejar impian muziknya dan telah mengasaskan Cambridge Chamber Orchestra semasa berada di Cambridge. Bukan itu sahaja, beliau ialah seorang konduktor, pemain biola solo, pemain muzik kamar dan pemuzik orkestra serta merupakan konduktor untuk Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK), Malaysia dan pengasas Malaysian Symphony Orchestra pada tahun 2001.

Professor Madya Chan Tze Law

Konduktor Chan Tze Law berasal dari Singapura dan merupakan anggota pengasas fakulti di Konservatori Muzik Yong Siew Toh, Universiti Kebangsaan Singapura. Beliau menperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang pengkhususan konduktor. Tuan Chan mempunyai pengalaman yang luas dalam memberi kelas induk di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Lanjutan daripada itu, beliau juga pernah menyertai beberapa festival muzik utama Europah sebagai konduktor dan mengetuai banyak orkestra dan pemain solo di sekitar China serta Asia-Pasifik.

Assoc Prof Dr Andrew Filmer

Professor Madya Dr Andrew Filmer mempunyai minat dalam pelbagai bidang seperti persembahan viola, muzikologi serta penyampaian pidato. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang persembahan muzik, pengkhususan viola dan Doktor Falsafah (PhD) dalam muzikologi. Selain itu, beliau pernah menerima anugerah dalam kajian, persembahan dan pertandingan berpidato. Beliau juga menpunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kewartawanan dan sijil di UX. Beliau merupakan salah seorang anggota emsembel Wicked Music People yang berjaya menghasilkan harpsichord pertama di Malaysia.

Pin It on Pinterest

Share This

Share this post with your friends!